I Hope :') Allaaah :*
Assalamualaikum . Selamat datang November. Ya Rabbulizzati , kau lembutkan hati pemeriksa kertas peperiksaan akhir hambamu ini dan rakan2 yang lain . Kurniakan hambamu ini dan rakan rakannya keputusan yang cemerlang . Kurniakan kami AKJ ya Rabb . Allahumma Yassir Wala Tua'ssir ! :')
: Hello Holiday .

Wednesday, 6 November 2013

Hello Holiday .


Assalamualaikum people . 

haiyoh . Alhamdulillah perut kenyang . baru lepas lunch . Alhamdulillah masih ada rezeki 

Allah beri . Syukran Rabb . 

Okay . Lets talk about holiday . eceh . holiday kali ini sangat krik krik . 



yelah . memula haritu waktu final exam hari hari menghitung bila nak balik rumah . 

sekarang , ni dah masuk 11 hari aku cuti , takde satu pun aktiviti yang berfaedah aku buat . 

sedih tahu ? yang aku buat , tolong ibu sidai kain , masak masak sikit , lipat kain , kemas 

kemas rumah . Hmm . moga ada barakahnya tolong ibu abah . bukan orang lain lagipun kan.

and then , dah siap semua kerja , on lappy . tengok facebook . tengok twitter . tapi ..

hmm makin melaghakan diri :'( astaghfirullah . 

so , aku ada cuba hobi baru bila cuti ni . aku bukak youtube . 

aku layan video video tutorial cara pakai tudung gaya labuh . haa gitu . 

moga lebih bermanfaat . haritu ada tengok video tudung nur . tudung yang dia guna 

memang labuh . cantik sangaaaat ! pastu ada jugak tengok tudung bawal , yang kita boleh

transform jadi labuh , covering our chest . sangat sangat berguna . 

nanti kalau nak usha , bukak youtube tengok tutorial tudung nur :) 

banyak lagi sebenarnya benda benda bermanfaat yang kita boleh cari . cuma kita 

je taknak . haritu ada jugak terjumpa video video menarik contohnya 

'Iman tidak boleh diwarisi - Bro Lim (TH FILEM) . ni pun jumpa kat youtube . 

search TuanHell kat youtube .  banyak video menarik . video Islamik . kat situ ada jugak dia buat video

cinta high class yang Ustazah Fatimah Syarha punya tu ^^ tapi dia buat dalam bentuk '

tulisan . but for me , it is interesting . So itulah antara hobi baru cuti semester ni . 

daripada dok tengok benda bukan bukan kan . twitter dengan facebook pun

kalau boleh nak kurangkan :/ Diri ni mudah sangat lalai . Astaghfirullahalazim . 

Jadi jom kita try untuk manfaatkan cuti semester ini dan cuti sekolah bagi adik adik 

dengan buat perkara perkara yang berfaedah . kalau takdapat nak join 

aktiviti berfaedah anjuran luar , dalam rumah pun boleh . aktiviti berfaedah tak 

semestinya aktiviti lasak . hokeh . 

dahlah . panjangnyaa bebel aina . jap jap last . 

ni bawah ni :)

’Ada dua kenikmatan yang membuat kebanyakan manusia tertipu yaitu nikmat sehat dan waktu lapang." 
  (HR Bukhari) 

"Manfaatkanlah lima kesempatan sebelum datang kesempitan. Manfaatkan usia mudamu sebelum kamu tua, manfaatkan sehatmu sebelum sakit, gunakan kekayaanmu sebelum kamu miskin, gunakan waktu lapangmu sebelum kamu sibuk dan manfaatkan hidupmu sebelum kamu mati." (HR al-Hakim) 


hadis diatas menerangkan kepada kita tentang nikmat sihat dan masa lapang yang mana memberi kesinambungan antara kita dengan Rabb , Allah SWT . 

Nikmat sihat itu , memberikan kepada manusia dapat beribadah kepada Allah dengan sempurna dan memberi peluang kepada manusia untuk keluar berjihad di jalan Allah . Malah ,  banyak lagi yang boleh kite lakukan tetapi mesti ingat bahawa itu semua adalah kurniaan Allah, jadi awaslah dan pelihara diri daripada menyalahi penggunaan nikmat tersebut :) 

buang yang keruh ambil yang jernih . diri ini juga terlalu banyak kekurangan . sering lalai . 

apa yang boleh dikongsi , kita kongsi bersama . sharing is caring , caring is loving . ha gitu . 

hehe . Till then . Assalamualaikum ^_^


| The Nanad |


Meneruskan langkah dengan senyuman :)

No comments:

Post a Comment